Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 774
“aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu”
ertinya apa-apa aktiviti yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung kepada penjagaan pesakit, atau kepada kesihatan individu atau penduduk;
“Daftar” ertinya suatu daftar yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 15;
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
“Jawatankuasa Penyiasat” ertinya Jawatankuasa Penyiasat yang ditubuhkan di bawah seksyen 26;
“Majlis” ertinya Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai awam atau orang yang mempunyai kelayakan yang sesuai yang diberi kuasa di bawah seksyen 38;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Majlis Profesion Kesihatan
Bersekutu Malaysia yang disebut dalam seksyen 14;
“pengamal berdaftar” ertinya seseorang pengamal kesihatan bersekutu yang didaftarkan di bawah seksyen 17 dan bagi maksud
Bahagian V dan Bahagian VI termasuk seorang bukan warganegara
Malaysia yang disifatkan sebagai pengamal berdaftar di bawah subseksyen 24(10);
“perakuan” ertinya perakuan pendaftaran, perakuan amalan dan perakuan amalan sementara;
“Pihak Berkuasa Tatatertib” ertinya Pihak Berkuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;
“profesion dalam kesihatan bersekutu” ertinya apa-apa profesion yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung kepada penjagaan pesakit, atau kepada kesihatan individu atau penduduk;
Profesion Kesihatan Bersekutu 9
“Profesion Kesihatan Bersekutu” ertinya profesion dalam kesihatan bersekutu yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di bawah seksyen 11.