Malaysia legislation
Section 11
of AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) (PINDAAN) 2011
Seksyen 11
"Had liabiliti bagi kerosakan pencemaran minyak bunker di bawah seksyen 3A
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6 seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 6A
(2)
Pemunya sesuatu kapal yang menanggung liabiliti di bawah seksyen 3A boleh membataskan liabilitinya mengikut Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976 sebagaimana dipinda oleh Protokol 1996 untuk meminda Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam belas Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
(3)
Jika dibuktikan bahawa kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada tindakan atau peninggalan pemunya kapal itu, yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan itu, atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa kerosakan itu mungkin berlaku, dia tidak berhak untuk membataskan liabilitinya di bawah subseksyen (2)."
Pindaan seksyen 7