Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) (PINDAAN) 2011

Seksyen 13

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 8

Jika Mahkamah mendapati bahawa seseorang yang telah menanggung liabiliti—

(a)

di bawah seksyen 3, berhak untuk membataskan liabiliti itu di bawah seksyen 6; atau

(b)

di bawah seksyen $ 3{\mathrm{A}} $ , berhak untuk membataskan liabiliti itu di bawah seksyen $ 6{\mathrm{A}} $ , dan dia telah membayar suatu jumlah wang atau mendepositkan suatu jaminan bank atau cagaran ke dalam Mahkamah bagi suatu jumlah wang yang tidak kurang daripada amaun tersebut—

(aa) Mahkamah hendaklah memerintahkan pelepasan manamana kapal atau harta lain yang ditahan berkaitan dengan tuntutan berkenaan dengan liabiliti tersebut atau apa-apa jaminan atau cagaran lain yang diberikan untuk mengelakkan penahanan sedemikian; dan

(bb) tiada penghakiman atau perintah berkenaan dengan apa-apa tuntutan sedemikian boleh dikuatkuasakan, kecuali setakat yang ia adalah bagi kos, jika pihak menuntut mempunyai akses kepada Mahkamah dan jika bayaran itu atau jaminan bank atau cagaran itu atau mana-mana bahagiannya yang bersamaan dengan tuntutan itu sebenarnya boleh didapati oleh pihak menuntut itu, atau akan didapati olehnya, jika langkah yang sewajarnya dalam prosiding di bawah seksyen 7 telah diambil.".

Pindaan seksyen 9