Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) (PINDAAN) 2011

Seksyen 17

Seksyen baru 11A

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11 seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 11A

(2)

Mana-mana kapal sedemikian tidak boleh memasuki atau meninggalkan sesuatu pelabuhan di Malaysia atau tiba di atau meninggalkan sesuatu kawasan pepasangan pangkalan di mana-mana kawasan di Malaysia atau, jika kapal itu didaftarkan di Malaysia, ia tidak boleh memasuki atau meninggalkan sesuatu pelabuhan di mana-mana negara lain atau sesuatu pepasangan pangkalan di laut wilayah mana-mana negara lain, melainkan jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang mematuhi subseksyen (3) dan yang menunjukkan ada berkuat kuasa berkenaan dengan kapal itu suatu kontrak insurans atau cagaran kewangan lain yang memenuhi kehendak Perkara 7 Konvensyen Bunkers (perlindungan bagi liabiliti pemunya).

(3)

Perakuan itu hendaklah—

(a)

jika kapal itu didaftarkan di Malaysia, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Pengarah Laut;

(b)

jika kapal itu didaftarkan di negara Konvensyen Bunkers selain Malaysia, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau di bawah kuasa kerajaan negara itu; dan

(c)

jika kapal itu didaftarkan di negara yang bukan negara Konvensyen Bunkers, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Pengarah Laut atau suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau di bawah kuasa mana-mana negara Konvensyen Bunkers.

(4)

Perakuan yang dikeluarkan di bawah perenggan (3)(a) dan (c) oleh Pengarah Laut hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan hendaklah juga mengandungi terjemahan dalam bahasa Inggeris.

(5)

Mana-mana perakuan yang dikehendaki oleh seksyen ini supaya berkuat kuasa berkenaan dengan sesuatu kapal hendaklah dibawa di dalam kapal itu dan hendaklah, apabila diminta, dikemukakan oleh nakhoda kepada Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa.

(6)

Jika sesuatu kapal memasuki atau meninggalkan, atau cuba memasuki atau meninggalkan, sesuatu pelabuhan atau tiba di atau meninggalkan atau cuba tiba di atau meninggalkan, sesuatu pepasangan pangkalan berlanggaran dengan subseksyen (2), nakhoda atau pemunya kapal itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.

(7)

Jika sesuatu kapal tidak membawa atau nakhoda sesuatu kapal tidak mengemukakan perakuan yang dikehendaki oleh subseksyen (5), maka nakhoda kapal itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.

(8)

Jika sesuatu kapal cuba meninggalkan sesuatu pelabuhan atau sesuatu pepasangan pangkalan di Malaysia berlanggaran dengan seksyen ini, kapal itu boleh ditahan.".

Pindaan seksyen 12