Malaysia legislation
Section 5
of AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) (PINDAAN) 2011
Seksyen 5
Seksyen 2 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan takrif "kapal" dengan takrif yang berikut:
“kapal”—
(a)
berhubung dengan liabiliti yang ditanggung di bawah seksyen 3, ertinya mana-mana vesel laut dan lancang laut daripada apa-apa jenis yang dibina atau diubah suai untuk membawa minyak secara pukal sebagai kargo, dengan syarat bahawa kapal yang berupaya membawa minyak dan kargo lain hendaklah dianggap sebagai kapal hanya apabila kapal itu sebenarnya membawa minyak secara pukal sebagai kargo dan semasa dalam mana-mana pelayaran berikutan dengan pelayaran itu yang membawa minyak melainkan jika dibuktikan bahawa tidak ada baki daripada minyak yang dibawa secara pukal di atas kapal; atau
(b)
berhubung dengan liabiliti yang ditanggung di bawah seksyen 3A, ertinya mana-mana vesel laut dan lancang laut daripada apa-apa jenis;';
(ii)
dalam takrif "kerosakan pencemaran", dalam perenggan (a)—
(A)
dengan memasukkan selepas perkataan "pertumpahan minyak" perkataan "atau minyak bunker"; dan
(B)
dengan memasukkan selepas koma bernoktah yang terdapat di hujung perenggan perkataan "dan";
(iii)
dengan memasukkan selepas takrif "kerosakan pencemaran" takrif yang berikut:
"Konvensyen Bunkers" ertinya Konvensyen Antarabangsa mengenai Liabiliti Sivil bagi Kerosakan Pencemaran Minyak Bunker 2001 yang ditandatangani di London pada 23 Mac 2001;';
(iv)
dengan memasukkan selepas takrif "minyak" takrif yang berikut:
“minyak bunker”ertinya mana-mana minyak mineral hidrokarbon, termasuk minyak pelincir, yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi operasi atau pendorongan kapal, dan apaapa baki daripada minyak itu;’;
(v)
dengan memasukkan selepas takrif "nakhoda" takrif yang berikut:
“negara Konvensyen Bunkers”ertinya sesuatu negara yang berkenaan dengannya Konvensyen Bunkers berkuat kuasa;';
(vi)
dengan menggantikan takrif "pemunya" dengan takrif yang berikut:
‘ "pemunya"—
(a)
berhubung dengan sesuatu kapal yang menanggung liabiliti di bawah seksyen 3, ertinya pemunya berdaftar; atau
(b)
berhubung dengan sesuatu kapal yang menanggung liabiliti di bawah seksyen $ 3 \mathrm{A} $ ertinya pemunya berdaftar, pencarter kapal kosong, atau pengurus dan pengendali kapal itu;'; dan
(vii)
dengan memasukkan selepas takrif "pemunya" takrif yang berikut:
‘“pemunya berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan sebagai pemunya kapal atau, sekiranya tiada pendaftaran, orang yang menjadi pemunya kapal itu, kecuali bahawa berhubungan dengan kapal yang dipunyai oleh sesuatu Negara dan dikendalikan oleh suatu syarikat yang di dalam Negara itu didaftarkan sebagai pengendali kapal itu, “pemunya berdaftar” hendaklah bererti syarikat sedemikian;’;
(b)
dalam subseksyen (2) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan "resulting from the discharge or escape of any oil from" dengan perkataan "caused by"; dan
(c)
dalam perenggan (3)(a), dengan memasukkan selepas perkataan "negara Konvensyen Liabiliti" di manamana jua terdapat perkataan "atau negara Konvensyen Bunkers".
Pindaan tajuk Bahagian II