Malaysia legislation

Section 7

of AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) (PINDAAN) 2011

Seksyen 7

Seksyen baru 3A

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3 seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 3A

(2)

Jika lebih daripada satu orang bertanggungan menurut subseksyen (1), tanggungan mereka hendaklah bersesama dan berasingan.

(3)

Selanjutnya, pemunya kapal itu hendaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan berlaku di mana-mana kawasan di mana-mana negara Konvensyen Bunkers lain akibat daripada apa-apa insiden yang dinyatakan dalam subseksyen (1).

(4)

Jika sesuatu insiden yang melibatkan dua kapal atau lebih berlaku dan kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada insiden itu, pemunya kesemua kapal yang berkenaan hendaklah, melainkan jika dilepaskan di bawah seksyen 4, secara bersesama dan berasingan bertanggungan bagi segala kerosakan pencemaran itu yang tidak boleh semunasabahnya diasingkan.".

Pindaan seksyen 4