Malaysia legislation

Section 10

of AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2011

Seksyen 10

Pindaan seksyen 51

(a)

dalam subseksyen (2) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong perkataan “perjanjian timbang tara dibuat atau”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4) Apa-apa prosiding mahkamah yang berhubungan dengan timbang tara yang telah dimulakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dikawal oleh Akta ini walaupun prosiding itu timbul daripada prosiding timbang tara yang bermula sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.”.