Malaysia legislation

Section 4

of AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2011

Seksyen 4

“Takat campur tangan mahkamah

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Mahkamah yang di hadapannya prosiding dibawa berkenaan dengan suatu perkara yang menjadi hal suatu perjanjian timbang tara hendaklah, jika suatu pihak membuat permohonan sebelum mengambil apa-apa langkah lain dalam prosiding itu, menggantung prosiding itu dan merujukkan pihak-pihak itu kepada timbang tara melainkan jika mahkamah itu mendapati bahawa perjanjian itu adalah batal dan tidak sah, tidak berkuat kuasa atau tidak dapat dilaksanakan.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2A) Jika prosiding admiralti digantung menurut subseksyen (1), mahkamah yang membenarkan penggantungan itu boleh, jika dalam prosiding mahkamah itu harta pernah ditahan atau ikat jamin atau jaminan lain telah diberikan untuk mengelakkan atau mendapatkan pelepasan daripada tahanan—

(a)

memerintahkan supaya harta yang ditahan itu dipegang sebagai jaminan bagi penyelesaian apa-apa award yang diberikan dalam timbang tara berkenaan dengan pertikaian itu; atau

Timbang Tara (Pindaan)

(b)

memerintahkan supaya penggantungan prosiding itu adalah dengan syarat pengadaan jaminan yang setara bagi penyelesaian apa-apa award sedemikian.

(2B)

Tertakluk kepada apa-apa kaedah-kaedah mahkamah dan kepada apa-apa ubah suaian yang perlu, undang-undang dan amalan yang sama hendaklah terpakai berhubungan dengan harta yang dipegang menurut suatu perintah di bawah subseksyen (2A)

sebagaimana akan terpakai jika ia ditahan bagi maksud prosiding dalam mahkamah yang membuat perintah itu.

(2C)

Bagi maksud seksyen ini, prosiding admiralti merujuk kepada prosiding admiralti di bawah

Aturan 70 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980

[P.U. (A) 50/1980] dan prosiding yang dimulakan menurut perenggan 24(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964

[Akta 91].”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4) Seksyen ini hendaklah juga terpakai berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, sekiranya tempat timbang tara bukan di Malaysia.”.

Pindaan seksyen 11