Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Seksyen 21F Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan "atau syarikat yang menyertai dalam program rantaian industri" dengan perkataan "syarikat yang menyertai dalam program rantaian industri, dsb. di bawah subseksyen 6(1) bagi permohonan di bawah subseksyen 5(1D)";
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat berteknologi tinggi atau suatu syarikat yang menyertai dalam suatu aktiviti digalakkan atau mengeluarkan suatu keluaran digalakkan dalam suatu program rantaian industri atau suatu syarikat yang menubuhkan suatu makmal ujian peranti perubatan yang telah diberikan taraf perintis di bawah subseksyen 6(1) bagi suatu permohonan di bawah subseksyen 5(1D).”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Syarikat itu hendaklah menyenggarakan suatu penyata yang menunjukkan amaun pendapatan yang didapati di bawah subseksyen (2) atau (3), mengikut mana-mana yang berkenaan."; dan
(d)
dengan memotong subseksyen (5).
Pindaan seksyen 21G