Malaysia legislation

Section 27

of AKTA PENGGALAKAN PELABURAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 27

Seksyen 26F Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan "atau syarikat yang menyertai dalam program rantaian industri" dengan perkataan "syarikat yang menyertai dalam program rantaian industri atau syarikat yang menubuhkan atau menaik taraf makmal ujian peranti perubatan"; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2A) Mana-mana syarikat yang bercadang hendak menubuhkan makmal ujian peranti perubatan atau menaik taraf makmal ujian peranti perubatan yang sedia ada di Malaysia boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Menteri untuk kelulusan bagi maksud sesuatu elaun cukai pelaburan.".

Pindaan seksyen 261