Malaysia legislation

Section 28

of AKTA PENGGALAKAN PELABURAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 28

Seksyen 261 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1A) Walau apa pun subseksyen (1), jika permohonan dibuat oleh sesuatu syarikat yang menyertai atau berhasrat hendak menyertai di Malaysia dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui, yang telah ditetapkan sebagai aktiviti digalakkan di bawah Perintah Penggalakan Pelaburan (Aktiviti Digalakkan dan Produk Digalakkan bagi Industri Terpilih) 2008 [P.U. (A) 458/2008], dan syarikat itu dikawal secara langsung atau secara tidak langsung oleh—

(a)

suatu syarikat perintis atau suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan bagi maksud sesuatu elaun cukai pelaburan di bawah seksyen 27i yang menyertai dalam aktiviti digalakkan yang sama seperti syarikat itu;

(b)

suatu syarikat yang diberikan taraf perintis berhubung dengan aktiviti digalakkan yang sama seperti syarikat itu; atau

(c)

suatu syarikat selepas perintis atau suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan bagi maksud sesuatu elaun cukai pelaburan di bawah seksyen 27i dan tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 29j telah berakhir, permohonan itu hendaklah ditimbangkan oleh Menteri jika permohonan itu diterima dari 8 September 2007 sehingga 31 Disember 2010.";

(b)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan memotong perkataan "dalam pengeluaran suatu";

(ii)

dengan memotong perkataan "pengeluaran"; dan

(iii)

dalam proviso, dengan memotong perkataan "pengeluaran"; dan

(c)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan "subseksyen (1)" dengan perkataan "seksyen ini".

Pindaan seksyen 26J