Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 5—
(a)
dengan memasukkan selepas perenggan (1D)(b) perenggan yang berikut:
“(c) Mana-mana syarikat atau orang yang bercadang untuk mendaftarkan suatu syarikat di Malaysia, yang berhasrat hendak menubuhkan suatu makmal ujian peranti perubatan di Malaysia, boleh membuat suatu permohonan bertulis kepada Menteri untuk taraf perintis dengan syarat bahawa permohonan itu diterima dari 8 September 2007 hingga 31 Disember 2012.";
(b)
dalam subseksyen (1DB)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan "menyertai suatu aktiviti digalakkan atau" perkataan "mengeluarkan";
(ii)
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan titik bertindih; dan
(iii)
dengan memasukkan proviso yang berikut:
"Dengan syarat bahawa jika sesuatu permohonan dibuat oleh suatu syarikat yang menyertai atau berhasrat hendak menyertai dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia, yang telah ditetapkan sebagai aktiviti yang digalakkan di bawah Perintah Penggalakan Pelaburan (Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan bagi Industri Terpilih) 2008 [P.U. (A) 458/2008], selain untuk kegunaan sendiri, dan syarikat itu dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh—
(i)
suatu syarikat perintis atau suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan bagi maksud sesuatu elaun cukai pelaburan di bawah seksyen 271 yang menyertai aktiviti digalakkan yang sama seperti syarikat itu;
(ii)
suatu syarikat yang diberikan taraf perintis berhubung dengan aktiviti digalakkan yang sama seperti syarikat itu; atau
(iii)
suatu syarikat selepas perintis atau suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan bagi maksud sesuatu elaun cukai pelaburan di bawah seksyen 271 dan tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 29j telah berakhir, permohonan itu hendaklah dipertimbangkan oleh Menteri jika permohonan itu diterima dari 8 September 2007 sehingga 31 Disember 2010.";
(c)
dalam subseksyen (1DC), dengan memasukkan selepas perkataan "menyertai suatu aktiviti digalakkan atau" perkataan "mengeluarkan";
(d)
dalam perenggan (1DD) (a)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan "berhubung dengan suatu aktiviti digalakkan atau" perkataan "mengeluarkan"; dan
(ii)
dalam perenggan (ii) proviso, dengan memasukkan selepas perkataan "bagi syarikat itu" perkataan "berhubung dengan aktiviti digalakkan itu atau pengeluaran keluaran digalakkan itu";
(e)
dalam subseksyen (1DE)—
(i)
dengan memotong perkataan "suatu aktiviti digalakkan atau suatu keluaran digalakkan yang sedia ada yang berhubungan dengan"; dan
(ii)
dalam perenggan (b) proviso, dengan memasukkan selepas perkataan "seksyen 14" perkataan ",14A atau 14c";
(f)
dengan memotong subseksyen (1DG);
(g)
dalam subseksyen (1E)—
(i)
dengan menggantikan perkataan ",27L(1) atau seksyen 27o" dengan perkataan "atau 27L(1)";
(ii)
dengan menggantikan perkataan“, (1DF) atau (1DG)” dengan perkataan“atau (1DF)”; dan
(iii)
dalam proviso, dengan menggantikan perkataan ",27L(1) atau seksyen 27o" dengan perkataan "atau 27L(1)"; dan
(h)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan "subseksyen (1) atau (1A)" dengan perkataan "seksyen ini".
Pindaan seksyen 6