Malaysia legislation

Section 34

of AKTA PENGGALAKAN PELABURAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 34

Seksyen 27c Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan proviso dengan proviso yang berikut:

"Dengan syarat bahawa-

(a)

jika Menteri berpuas hati bahawa syarikat itu telah melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau telah selainnya melakukan perbelanjaan modal berhubung dengannya, dari suatu tarikh sebelum tarikh yang aktiviti itu telah disifatkan sebagai suatu aktiviti digalakkan di bawah seksyen 4B, kelulusan itu boleh diberikan dengan kuat kuasa ke belakang dari suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada tarikh yang syarikat itu telah melibatkan diri dalam aktiviti itu atau perbelanjaan modal itu telah dilakukan berhubung dengannya; dan

(b)

tiada kelulusan boleh diberikan dengan kuat kuasa ke belakang di bawah subseksyen (1) atau di bawah proviso sebelum ini dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tiga tahun dari tarikh permohonan di bawah subseksyen 26c(1) diterima oleh Menteri."; dan

(b)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan "subseksyen (1) dan (2)" dengan perkataan "seksyen ini".

Pindaan seksyen 27E