Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Seksyen 27F Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan "subseksyen 26F(1)" perkataan "atau (2A)";
(b)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan proviso dengan proviso yang berikut:
"Dengan syarat bahawa—
(a)
jika Menteri berpuas hati bahawa syarikat itu telah melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau telah selainnya melakukan perbelanjaan modal berhubung dengannya, dari suatu tarikh sebelum tarikh yang aktiviti itu telah disifatkan sebagai suatu aktiviti digalakkan di bawah seksyen 4, kelulusan itu boleh diberikan dengan kuat kuasa ke belakang dari suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada tarikh yang syarikat itu telah melibatkan diri dalam aktiviti itu atau perbelanjaan modal itu telah dilakukan berhubung dengannya; dan
(b)
tiada kelulusan boleh diberikan dengan kuat kuasa ke belakang di bawah subseksyen (1) atau di bawah proviso sebelum ini dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tiga tahun dari tarikh permohonan di bawah subseksyen 26F(1) diterima oleh Menteri.";
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1A) Menteri boleh memberikan kelulusan berkenaan dengan suatu permohonan untuk suatu elaun cukai pelaburan yang dibuat di bawah subseksyen 26F(2A) tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut:
Dengan syarat bahawa—
(a)
jika Menteri berpuas hati bahawa syarikat itu telah menubuhkan suatu makmal ujian peranti perubatan atau telah menaik taraf suatu makmal ujian peranti perubatan yang sedia ada, atau telah selainnya melakukan perbelanjaan modal berhubung dengannya, kelulusan itu boleh diberikan dengan kuat kuasa ke belakang dari tarikh yang tidak lebih awal daripada 8 September 2007; dan
(b)
tiada kelulusan boleh diberikan dengan kuat kuasa ke belakang di bawah subseksyen (1A) atau di bawah proviso sebelum ini dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tiga tahun dari tarikh permohonan di bawah subseksyen $ 2 6 \mathrm {F} (2 \mathrm {A}) $ diterima oleh Menteri.";
(d)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan "subseksyen (1)" dengan perkataan "subseksyen (1) dan (1A)"; dan
(e)
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan "subseksyen (1) dan (2)" dengan perkataan "seksyen ini".
Pindaan seksyen 27G