Malaysia legislation

Section 49

of AKTA PENGGALAKAN PELABURAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 49

Seksyen 29o Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2A) Walau apa pun subseksyen (2), bagi suatu permohonan yang diterima dari 8 September 2007 sehingga 31 Disember 2010, syarikat itu hendaklah diberikan bagi tahun taksiran itu elaun cukai pelaburan sebanyak seratus peratus daripada perbelanjaan itu.”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3) Suatu elaun bagi perbelanjaan yang diberikan di bawah subseksyen (2) atau (2A)—

(a)

hendaklah diberikan hanya dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu yang baginya perbelanjaan itu dilakukan; dan

(b)

hendaklah diberikan berkenaan dengan perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh yang kelulusan itu hendaklah mula berkuat kuasa:

Dengan syarat bahawa jika suatu syarikat melakukan perbelanjaan modal dari tarikh yang kelulusan itu hendaklah mula berkuat kuasa yang disebut dalam perenggan (b) berhubung dengan suatu perniagaan yang akan dijalankan olehnya berkenaan dengan suatu aktiviti digalakkan, perbelanjaan itu hendaklah disifatkan telah dilakukan dalam tempoh asas yang dalamnya syarikat itu mula menjalankan perniagaan itu dan jika syarikat itu melakukan perbelanjaan modal—

(i)

sebelum permohonannya di bawah seksyen $ 2 6 \mathrm{N} $ dan kelulusan di bawah perenggan (a) proviso kepada subseksyen $ 2 7 \mathrm{N} (1) $ , elaun itu diberikan dengan kuat kuasa ke belakang dari suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada 1 Oktober 2005; atau

(ii)

sebelum permohonannya di bawah seksyen $ 2 6 \mathrm{N} $ dan kelulusan di bawah perenggan (aa) proviso kepada subseksyen $ 2 7 \mathrm{N} (1) $ , elaun itu diberikan dengan kuat kuasa ke belakang dari suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada 8 September 2007.";

(c)

dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:

“(6) Bagi maksud subseksyen (2) dan subperenggan (3)(b)(i) proviso, subseksyen 29A(5), (6) dan (7) hendaklah terpakai mutatis mutandis."; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:

“(7) Bagi maksud subseksyen (2A) dan subperenggan (3)(b)(ii) proviso, subseksyen 29AA(4), (5) dan (6) hendaklah terpakai mutatis mutandis.".

Penggalakan Pelaburan (Pindaan)

Pemotongan seksyen 29P

Section 49 — PROMOTION OF INVESTMENTS (AMENDMENT) ACT 2011