Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Seksyen 21A Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
"(4) Walau apa pun peruntukan lain Bab ini, jika dalam suatu tahun taksiran, terdapat pelarasan kepada kerugian yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) bagi mana-mana tahun taksiran yang mengakibatkan pengurangan atau pertambahan kerugian itu, tertakluk kepada subseksyen 91(4) Akta ibu, Ketua Pengarah boleh dalam tahun taksiran yang mula-mula disebut atau dalam tempoh enam tahun selepas tamatnya tahun taksiran itu membuat—
(a)
pelarasan kepada pendapatan statutori syarikat perintis yang ditentukan di bawah seksyen 21 bagi tahun taksiran itu; atau
(b)
pentaksiran bagi tahun taksiran itu sebagaimana yang didapatinya perlu untuk menindak balas apa-apa faedah pengecualian yang diperoleh sebelum pelarasan kerugian itu.".
Pindaan seksyen 21B