Malaysia legislation
Section 2
of AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PINDAAN) 2011
Seksyen 2
Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan seksyen 2 dengan seksyen yang berikut:
“2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“akreditasi” ertinya suatu tatacara yang dengannya Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga
Undang-Undang Malaysia 4
memberikan suatu pengiktirafan rasmi bahawa sesuatu badan atau seseorang adalah kompeten untuk menjalankan suatu tugasan khusus yang berhubungan dengan industri pembinaan;
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“anggota” ertinya seseorang anggota Lembaga termasuk
Pengerusi;
“bahan binaan” ertinya apa-apa jenis, saiz dan sifat bahan, permulaan, sementara, pertengahan atau siap, sama ada dikilangkan secara tempatan atau diimport yang digunakan bagi maksud industri pembinaan;
“bangunan” ertinya mana-mana bangunan atau struktur tetap atau sementara termasuklah mana-mana rumah, pondok, bangsal atau kepungan beratap, sama ada digunakan bagi maksud kediaman manusia atau selainnya, dan juga mana-mana dinding, bumbung, pagar, platform, pementasan, pintu pagar, tiang, pilar, pagar pancang, bingkai, dinding adang, pelancar, limbungan, dermaga, tiang sambut, jeti, pelantar pendaratan, jalan atau jambatan, atau apa-apa penyokong struktur atau asas yang menghubungi yang sebelumnya dan apa-apa binaan lain, sebagaimana yang diisytiharkan oleh
Menteri sebagai bangunan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“berurusan” ertinya mengendalikan, menggunakan, mengilangkan, membekalkan, memasarkan, memindahkan, menjual atau membeli, sama ada secara borong atau runcit, mengimport atau mengeksport;
“industri pembinaan” ertinya industri yang berkaitan dengan kerja pembinaan, termasuklah reka bentuk, pengilangan, teknologi, bahan dan mutu kerja binaan dan perkhidmatan bagi maksud pembinaan;
“institusi latihan” ertinya sesuatu institusi, tempat atau premis yang menyediakan latihan dan aktiviti berkaitan yang lain bagi personel binaan;
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
5
“kerja pembinaan” ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan, atau perobohan–
(a)
mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;
(b)
mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan kereta api, laluan kabel, terusan atau padang terbang;
(c)
mana-mana saliran, tali air atau kerja pengawalan sungai;
(d)
apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau
(e)
mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembetung, pemacu, syaf, terowong atau kerja penebusgunaan, dan termasuklah—
(A)
apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting dan integral atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan
(a)
hingga (e), termasuk pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, peletakan batu asas, pemulihan dan landskap tapak; atau
(B)
pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja, yang semestinya diperlukan bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e);
“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11;
“kod amalan” ertinya mana-mana kod, garis panduan, standard, kaedah, spesifikasi atau amalan yang diluluskan oleh Lembaga;
“kontraktor” ertinya seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan;
Undang-Undang Malaysia 6
“kontraktor berdaftar” ertinya seseorang kontraktor yang berdaftar mengikut Akta ini;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;
“latihan” termasuklah menyediakan atau menjalani proses tertentu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan seseorang berhubungan dengan industri pembinaan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan kerja raya;
“mutu kerja binaan” ertinya teknik, kaedah atau proses pembinaan, termasuklah produk akhir kerja pembinaan;
“pegawai diberi kuasa” ertinya—
(a)
seorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa di bawah seksyen 35; atau
(b)
seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor di bawah seksyen 35V;
“pekerja binaan am” ertinya mana-mana pekerja atau golongan pekerja yang tidak mahir dan yang diambil bagi kerja manual;
“pekerja binaan mahir” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan yang disenaraikan dalam