Malaysia legislation

Section 10

of AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2012

Seksyen 10

Pindaan seksyen 11

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Mahkamah boleh, dalam apa-apa permohonan yang perintah perlindungan diminta, sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada mengeluarkan perintah perlindungan, membuat suatu perintah untuk merujukkan pihak-pihak yang berkenaan kepada suatu badan pendamai.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Badan pendamai yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan suatu laporan berserta dengan syornya kepada mahkamah dalam tempoh satu bulan dari tarikh rujukan itu.

(1b)

Mahkamah boleh, setelah menimbang laporan dan syor yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (1a), memerintahkan satu pihak atau lebih dirujukkan kepada terapi pemulihan, psikoterapi atau apa-apa kaunseling pendamaian yang difikirkannya sesuai.”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“perenggan (1)(a) atau (b)” dengan perkataan “subseksyen

(1)

atau (1b)”; dan

(d)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1)” perkataan “atau (1b)”.

Pindaan Bahagian IV

Section 10 — AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2012