Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2012

Seksyen 2

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521], yang disebut

(a)

dalam takrif “keganasan rumah tangga”—

(i)

dengan menggantikan perkataan “mana-mana perbuatan” dengan perkataan “satu perbuatan atau lebih”;

undang-undang malaysia

Akta A1414

akta keganasan rumah tangga

(Pindaan) 2012

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1414

(ii)

dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (d);

(iii)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan koma dengan koma bertitik;

(iv)

dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(f) menyebabkan penderaan psikologi yang termasuklah kecederaan emosi kepada mangsa;

(g)

menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan mangsa atau jika kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang; atau

(h)

dalam hal jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain,”; dan

(v)

dengan memasukkan selepas perkataan “oleh seseorang” perkataan “, sama ada dengan sendiri atau melalui pihak ketiga,”;

(b)

dengan menggantikan takrif “orang dewasa tidak berkeupayaan” dengan takrif yang berikut:

‘ “orang dewasa tidak berkeupayaan” ertinya seseorang yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya tidak berkeupayaan atau lemah, oleh sebab kehilangupayaan fizikal atau mental secara kekal atau sementara atau tidak sihat atau usia tua, yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga orang yang dikatakan telah melakukan keganasan rumah tangga

Keganasan Rumah Tangga (Pindaan)

5

itu, dan termasuklah mana-mana orang yang telah dikurung atau ditahan oleh orang yang dikatakan telah melakukan keganasan rumah tangga itu;’;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “orang dilindungi”

takrif yang berikut:

‘ “pegawai kebajikan masyarakat” ertinya seseorang pegawai kebajikan masyarakat Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah seseorang penolong pegawai kebajikan masyarakat;’;

(d)

dalam takrif “pegawai penguat kuasa”, dengan menggantikan perkataan “pegawai kebajikan daripada Jabatan Kebajikan

Masyarakat” dengan perkataan “pegawai kebajikan masyarakat”;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai penguat kuasa” takrif yang berikut:

‘ “pegawai polis” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Polis 1967

[Akta 344];’;

(f)

dalam takrif “perintah perlindungan”, dengan menggantikan perkataan “Bahagian II” dengan perkataan

“seksyen 5”;

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “perintah perlindungan”

takrif yang berikut:

‘ “perintah perlindungan interim” ertinya perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen 4;’;

(h)

dengan memasukkan selepas takrif “saudara” takrif yang berikut:

‘ “tempat berlindung” ertinya mana-mana rumah, institusi atau mana-mana tempat lain yang sesuai yang penghuni atau pemunyanya bersedia untuk menerima seseorang mangsa buat sementara waktu;’; dan

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1414

(i)

dengan menggantikan takrif ‘ “tempat selamat” atau

“tempat berlindung” ’ dengan takrif yang berikut:

‘ “tempat selamat” ertinya mana-mana rumah atau institusi yang disenggarakan atau diuruskan oleh

Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan atau oleh mana-mana agensi lain atau organisasi sukarela yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud Akta ini.’.

Penggantian seksyen 3