Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pindaan seksyen 4
(a)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Suatu perintah perlindungan interim hendaklah dibuat melalui suatu permohonan kepada mahkamah.”; dan
Keganasan Rumah Tangga (Pindaan)
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Mahkamah dalam membuat suatu perintah perlindungan interim di bawah subseksyen (1) boleh memasukkan peruntukan yang melarang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menghasut mana-mana orang lain untuk melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suami atau kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuat kuasa—
(a)
setelah selesai penyiasatan itu; atau
(b)
apabila prosiding jenayah yang berhubungan dengan perlakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga dimulakan terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.”.
Pindaan seksyen 5