Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Seksyen 7 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“boleh” dengan perkataan “hendaklah”; dan
Keganasan Rumah Tangga (Pindaan)
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Jika suatu kuasa menangkap disertakan menurut kuasa subseksyen (1), seseorang pegawai polis hendaklah menangkap tanpa waran orang yang terhadapnya perintah itu dibuat apabila berlaku satu keadaan atau lebih yang berikut:
(a)
apabila terdapat suatu laporan keganasan rumah tangga dibuat oleh orang dilindungi di bawah perintah perlindungan interim atau perintah perlindungan kepada mana-mana pegawai polis;
(b)
apabila pegawai polis itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat telah melanggar—
(i)
perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 4(1) atau 5(1); atau
(ii)
mana-mana perintah yang dibuat menurut perenggan 6(1)(a) atau (b);
atau
(c)
apabila orang yang terhadapnya perintah itu dibuat memasuki mana-mana tempat yang dilarang di bawah perintah itu.”.
Pindaan seksyen 10