Malaysia legislation

Section 2

of AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2012

Seksyen 2

Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6a—

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)

Lembaga hendaklah, selepas berunding dengan ketua pegawai eksekutif, melantik dua atau lebih timbalan ketua pegawai eksekutif.”;

undang-undang malaysia

Akta A1418

akta lembaga hasil dalam negeri malaysia (pindaan) 2012

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1418

(b)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan

“ketua pegawai eksekutif” perkataan “dan timbalan ketua pegawai eksekutif”; dan

(c)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3) Sekiranya ketua pegawai eksekutif buat sementara waktu tidak berdaya melaksanakan tugasnya disebabkan dia sakit atau apa-apa sebab lain, Menteri hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang daripada timbalan ketua pegawai eksekutif untuk bertindak bagi menggantikan ketua pegawai eksekutif dalam tempoh ketidakdayaan itu.”.

Seksyen baru 10b