Malaysia legislation
Section 3
of AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (PINDAAN) 2012
Seksyen 3
Penggantian seksyen 10
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 10 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 10
(2)
Seseorang pelajar Institusi tidak boleh—
(a)
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b)
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang Menteri, selepas berunding dengan Ketua
Eksekutif, menetapkan dan menyatakan secara bertulis kepada Ketua Eksekutif sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Institusi itu;
atau
(c)
terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus.
(3)
Seseorang pelajar Institusi dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Institusi yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—
(a)
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(b)
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang Menteri, selepas berunding dengan Ketua Eksekutif, menetapkan dan menyatakan secara bertulis kepada Ketua Eksekutif sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau
Institusi itu.
AKTA A1435
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan)
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar Institusi tidak boleh dihalang daripada—
(a)
membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
(b)
menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan
(3)
sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Institusi itu.
(5)
Institusi hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Institusi di dalam kampus.”.
Kecualian