Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Penggantian seksyen 13B
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 13B dengan seksyen yang berikut:
“Hak untuk didengar 13B. Seseorang yang diberikan suatu lesen atau permit di bawah Akta ini hendaklah diberi suatu peluang untuk didengar sebelum suatu keputusan untuk membatalkan atau menggantung lesen atau permit itu dibuat di bawah subseksyen 3(3), 6(2) atau 13(1), mengikut mana-mana yang berkenaan.”.