Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Seksyen baru 37a, 37b dan 37c
seksyen yang berikut:
“Kuasa penyiasatan 37a. (1) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini.
(2)
Dalam mana-mana hal yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Kad kuasa 37b. (1) Maka hendaklah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Menteri.
(2)
Bila mana Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah
Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
Kuasa penangkapan 37c. (1) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
12
Undang-Undang Malaysia
Akta A1441
(2)
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.”.
Seksyen baru 38aa dan 38ab