Malaysia legislation

Section 13

of AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2012

Seksyen 13

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 46b dengan seksyen yang berikut:

“Pelucuthakan kenderaan, kapal, buku, dsb., yang disita 46b.  (1)  Mana-mana kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah

Akta ini boleh dilucuthakkan.

14

Undang-Undang Malaysia

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disita di bawah Akta ini, kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis.

(4)

Notis yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah menunjukkan bahawa—

(a)

tiada pendakwaan berkenaan dengan kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau apa-apa dokumen lain itu;

(b)

kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu, hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis itu melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (5), (6)

dan (7).

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)

(5)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang dalam milikannya kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu dipegang bahawa dia menuntut kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu.

(6)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima,

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen.

(7)

Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (6) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

(8)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah

Akta ini telah dilakukan dan bahawa kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling,

16

Undang-Undang Malaysia

Akta A1441

bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (7) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu,

Hakim Mahkamah Sesyen itu hendaklah memerintahkan supaya kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

(9)

Mana-mana kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dilupuskan—

(a)

mengikut arahan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah

Sesyen; atau

(b)

mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah.”.

Seksyen baru 46ba, 46bb dan 46bc