Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Akta A1441
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 46b seksyen yang berikut:
“Senarai kenderaan, kapal, buku, dsb., yang disita 46ba. (1) Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini, seseorang Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan senarai kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disita dan hendaklah menandatangani senarai itu.
(2)
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1)
hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada orang yang mengawal atau bertanggungjawab bagi kenderaan, kapal, kapal terbang atau premis itu jika penyitaan dibuat di bawah seksyen 38 atau 46a, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pelepasan buku, rekod, komputer, dsb., yang disita 46bb. (1) Jika mana-mana buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau apa-apa dokumen lain telah disita di bawah Akta ini, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada
Pendakwa Raya, melepaskan buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia disita.
(2)
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang membuat pelepasan buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan satu salinan rekod itu kepada
Pendakwa Raya dalam masa tujuh hari dari pelepasan itu.
Kos memegang kenderaan, kapal, buku, dsb., yang disita 46bc. Jika mana-mana kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis
18
Undang-Undang Malaysia
Akta A1441
oleh Ketua Pengarah sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang disabitkan atas kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan bolehlah didapatkan dengan sewajarnya.”.
Pemotongan seksyen 46c