Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Penggantian seksyen 46d
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 46d dengan seksyen yang berikut:
“Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 46d. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan mana-mana kenderaan, kapal, buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.”.