Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Seksyen baru 48aa hingga 48ae
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 48a seksyen yang berikut:
“Akses kepada data berkomputer 48aa. (1) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang
Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)
19
menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pengarah hendaklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer difahami.
Anggapan 48ab. (1) Jika apa-apa bahan yang disyaki sebagai buangan terjadual dan bahan itu terkandung dalam beberapa bekas, adalah mencukupi untuk menganalisis sampel bahan itu bagi amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan jika analisis itu membuktikan bahawa kesemua sampel itu daripada sifat dan perihalan yang sama, adalah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa kandungan semua bekas itu adalah daripada sifat dan perihalan yang sama sebagaimana sampel itu dianalisis.
(2)
Bahan yang dirujuk dalam subseksyen (1) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai buangan terjadual dan hendaklah dilupuskan mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
(3)
Tatacara mengambil dan berurusan dengan sampel hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.
Kuasa tambahan 48ac. Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
(a)
untuk menghendaki pengemukaan apa-apa buku, rekod, komputer, loji perindustrian, kelengkapan, buangan terjadual, buangan, bahan berbahaya
20
Undang-Undang Malaysia
Akta A1441
kepada alam sekeliling, bahan cemar, lesen, permit, perakuan, atau dokumen lain yang disimpan oleh mana-mana orang dan untuk meneliti, memeriksa, memuat turun, membuat salinan atau mengambil cabutan daripadanya;
(b)
untuk menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan apa-apa perbuatan atau kesalahan di bawah
Akta ini;
(c)
untuk membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Menghalang penggeledahan 48ad. Mana-mana orang yang—
(a)
enggan memberikan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pengarah akses kepada mana-mana kenderaan, kapal, kapal terbang atau premis yang Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah berhak untuk mempunyai di bawah Akta ini atau dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(b)
mengamang, menghalang, menyekat atau mengganggu
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah dalam pelaksanaan kuasanya di bawah Akta ini; atau
(c)
enggan memberikan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Ketua Pengarah apa-apa maklumat yang berhubung dengan kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh semunasabahnya dikehendaki olehnya dan yang ada dalam pengetahuannya atau kuasa untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.
Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)
21
Pencantuman kesalahan 48ae. Walau apa pun seksyen 164 Kanun Tatacara Jenayah, jika seseorang dituduh melakukan lebih daripada satu kesalahan di bawah Akta ini, orang itu boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan atas apa-apa bilangan kesalahan itu yang dilakukan dalam apa-apa tempoh masa.”.
Pindaan seksyen 49