Malaysia legislation

Section 19

of AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2012

Seksyen 19

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 49

seksyen yang berikut:

“Orang yang berwibawa 49a.  (1)  Seseorang pemunya atau penghuni premis hendaklah mengambil kerja seseorang yang telah diperakukan oleh Ketua

Pengarah sebagai orang yang berwibawa untuk menjalankan semua atau mana-mana aktiviti yang berikut:

(a)

pengendalian kelengkapan kawalan;

(b)

pengurusan buangan terjadual;

(c)

menjalankan kajian;

22

Undang-Undang Malaysia

Akta A1441

(d)

penyediaan dan pengemukaan laporan, pelan, cadangan, lukisan kejuruteraan atau dokumen lain yang berhubungan dengan perkara alam sekeliling.

(2)

Laporan, pelan, cadangan, lukisan kejuruteraan atau dokumen lain yang berhubungan dengan perkara alam sekeliling yang disebut dalam perenggan (1)(d) hendaklah disediakan dan dikemukakan oleh orang yang berwibawa kepada Ketua Pengarah.

Ganjaran kepada pemberi maklumat 49b.  Ketua Pengarah boleh memerintahkan supaya ganjaran sebagaimana yang difikirkannya patut dibayar kepada pemberi maklumat bagi perkhidmatan, maklumat, pernyataan atau bantuan berkenaan dengan pengesanan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.”.

Seksyen baru 50a

Section 19 — ENVIRONMENTAL QUALITY (AMENDMENT) ACT 2012