Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pindaan seksyen 2
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “minyak” takrif yang berikut:
‘ “orang yang berwibawa” ertinya orang yang berwibawa untuk menjalankan aktiviti sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 49a;’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “orang yang berwibawa”
takrif yang berikut:
‘ “orang yang layak” ertinya seseorang yang memenuhi kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan audit alam sekeliling dan penilaian kesan kepada alam sekeliling, dan untuk mengemukakan laporan mengenainya;’;
(c)
dengan menggantikan takrif “pencemaran” dengan takrif yang berikut:
‘ “pencemaran” ertinya suatu perbuatan atau proses, sama ada semula jadi atau buatan, yang menyebabkan kemasukan apa-apa bahan cemar ke dalam alam sekeliling dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 21;’;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “program pengawasan”
takrif yang berikut:
‘ “rancangan fizikal” ertinya—
(i)
rancangan fizikal negara di bawah Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
(ii)
rancangan fizikal yang meliputi Sabah di bawah Ordinan Perancangan Bandar dan
Desa [Sabah Bab 141];
(iii)
rancangan fizikal yang meliputi Sarawak di bawah Kanun Tanah Sarawak [Bab 81];’; dan
Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)
(e)
dengan memasukkan selepas takrif “rancangan fizikal”
takrif yang berikut:
‘ “rancangan pemajuan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976;’.
Pindaan seksyen 4