Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Seksyen 4 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(b)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber asli dan alam sekitar;
(c)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi;
(d)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;
(e)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
(f)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani;
(g)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
(h)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;
(i)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan;
(j)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi tenaga, teknologi hijau dan air;
6
Undang-Undang Malaysia
Akta A1441
(k)
seorang wakil Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
(l)
seorang anggota bagi masing-masing Sabah dan
Sarawak, yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Kerajaan Negeri
Sabah dan Sarawak;
(m)
seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh
Menteri daripada kalangan orang yang terlibat dalam industri petroleum;
(n)
seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh
Menteri daripada pencalonan oleh industri kelapa sawit;
(o)
seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh
Menteri daripada pencalonan oleh Persekutuan
Pengilang Malaysia atau mana-mana orang yang terlibat dalam pembuatan;
(p)
seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh
Menteri daripada pencalonan oleh industri getah;
(q)
seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh
Menteri daripada kalangan kakitangan akademik institusi pengajian tinggi; dan
(r)
dua orang anggota yang hendaklah dilantik oleh
Menteri daripada kalangan organisasi bukan kerajaan yang aktif dalam menggalakkan dan mempertingkatkan kualiti alam sekeliling.”;
dan
(b)
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “(2)(f), (g), (gg), (h), (hh), (i) dan (j)” dengan perkataan “(2)(l), (m), (n), (o), (p), (q) dan (r)”.
Pindaan seksyen 33a