Malaysia legislation

Section 6

of AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2012

Seksyen 6

Seksyen 34a Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang berhasrat untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang ditetapkan hendaklah melantik orang yang layak untuk menjalankan penilaian kesan kepada alam sekeliling dan untuk mengemukakan laporan mengenainya kepada Ketua

Pengarah mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Ketua Pengarah hendaklah menyenggara suatu senarai orang yang layak yang boleh menjalankan penilaian kesan kepada alam sekeliling dan mengemukakan laporan mengenainya.

(2b)

Orang yang layak yang mengemukakan laporan itu hendaklah—

(a)

bertanggungjawab bagi penilaian kesan kepada alam sekeliling dan syor penilaian kesan kepada alam sekeliling;

(b)

memastikan bahawa laporan dan syor itu tidak mengandungi apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan;

(c)

mengambil insurans indemniti profesional bagi apa-apa liabiliti yang berbangkit daripada penilaian kesan kepada alam sekeliling dan syor penilaian kesan kepada alam sekeliling.

8

Undang-Undang Malaysia

Akta A1441

(2c)

Laporan itu hendaklah mengikut garis panduan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah mengandungi—

(a)

penilaian mengenai kesan yang aktiviti itu akan ada atau mungkin ada ke atas alam sekeliling;

dan

(b)

langkah-langkah yang dicadangkan yang hendaklah diambil untuk menghalang, mengurangkan atau mengawal kesan buruk ke atas alam sekeliling.”;

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “(2)” dengan perkataan “(2c)”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (4) dan (5)

dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Jika Ketua Pengarah, apabila meneliti laporan itu dan selepas membuat apa-apa penyiasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, berpendapat bahawa—

(a)

laporan itu tidak mengikut rancangan pemajuan atau rancangan fizikal yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang meluluskan yang berkaitan; atau

(b)

laporan itu tidak memenuhi kehendak di bawah subseksyen (2c), dia tidak boleh meluluskan laporan itu, dengan memberikan alasan untuk tidak meluluskan, dan hendaklah memaklumkan orang itu dan pihak berkuasa yang meluluskan yang berkaitan dengan sewajarnya.

(5)

Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu untuk mengemukakan apa-apa laporan lain kepadanya, sebagai tambahan kepada laporan yang dikehendaki supaya

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)

9

dikemukakan di bawah subseksyen 34a(2), yang berhubungan dengan kesan alam sekeliling untuk kelulusannya.”; dan

(e)

dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan “lima ratus ribu ringgit”.

Seksyen baru 34aa