Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 34a seksyen yang berikut:
“Perintah larangan bagi aktiviti yang ditetapkan 34aa. (1) Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perintah larangan atau perintah berhenti kerja kepada orang yang menjalankan aktiviti yang ditetapkan—
(a)
tanpa kelulusan di bawah subseksyen 34a(3);
(b)
yang mencabuli apa-apa syarat yang dilampirkan pada kelulusan laporan itu; atau
(c)
yang pada pendapat Ketua Pengarah adalah dijalankan mengikut cara yang mungkin menyebabkan kerosakan alam sekeliling.
(2)
Perintah larangan atau perintah berhenti kerja itu boleh dikeluarkan bagi maksud menghalang aktiviti yang ditetapkan daripada berterusan—
(a)
sama ada secara mutlak atau bersyarat;
(b)
bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah; atau
(c)
sehingga kehendak untuk meremedi sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah telah dipatuhi.
10
Undang-Undang Malaysia
Akta A1441
(3)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan—
(a)
denda tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya; dan
(b)
bagi kesalahan yang berterusan, denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas suatu notis telah disampaikan oleh Ketua Pengarah ke atas orang itu menghendaki orang itu supaya mematuhi perbuatan yang dinyatakan dalamnya.”.
Pindaan seksyen 36c