Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 37
seksyen yang berikut:
“Kesalahan bagi mengemukakan diri sebagai francais 37a.
Seseorang yang menganggap atau menggunakan berhubung dengan perniagaannya, terma “francais” atau apa-apa terbitannya atau apa-apa jua perkataan lain yang menunjukkan perjalanan perniagaan francais, termasuklah
12
Undang-Undang Malaysia
Akta A1442
penggunaan perkataan “francais” atau apa-apa singkatan dengannya sebagai sebahagian daripada nama atau tajuk dalam dokumen, perjanjian, buku, iklan atau penerbitan, tanpa kelulusan pendaftaran oleh Pendaftar di bawah seksyen 8 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 38