Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 6
(2)
Mana-mana pemberi francais yang gagal mematuhi seksyen ini, melainkan dikecualikan oleh Menteri di bawah seksyen 58, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau 5
Francais (Pindaan)
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Seksyen baru 6a dan 6b