Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
“Pendaftaran pemberi francais
seksyen yang berikut:
“Pendaftaran pemegang francais pemberi francais asing 6a. (1) Sebelum memulakan perniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon untuk mendaftarkan francais itu kepada Pendaftar dengan menggunakan borang permohonan yang ditetapkan dan permohonan itu hendaklah tertakluk kepada kelulusan Pendaftar.
(2)
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat bagi kelulusan pendaftaran francais yang disebut dalam subseksyen (1).
(3)
Jika seseorang pemegang francais telah mendapat kelulusan daripada pemberi francais asing untuk menjual francais itu, pemegang francais hendaklah mendaftarkan kelulusan itu.
Pendaftaran pemegang francais 6b. Pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada pemberi francais tempatan atau pemegang francais induk tempatan hendaklah mendaftarkan francais itu kepada
Pendaftar dengan menggunakan borang pendaftaran yang ditetapkan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh menandatangani perjanjian antara pemberi francais dengan pemegang francais.”.
6
Undang-Undang Malaysia
Akta A1442
Pindaan seksyen 10