Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PERUBATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 10

Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1a) dengan subseksyen yang berikut:

“(1a)  Bagi maksud subseksyen (2) hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai

Jawatankuasa Kelayakan Perubatan yang terdiri daripada ahli yang berikut:

(a)

Yang Dipertua sebagai Pengerusi;

(b)

empat orang ahli Majlis yang dinamakan daripada dan mewakili universiti tempatan dan kolej universiti yang diiktiraf dan dilantik oleh

Pengerusi;

(c)

empat orang wakil daripada Kementerian Kesihatan;

dan

(d)

empat orang ahli Majlis yang lain yang dinamakan daripada mereka yang tidak mewakili universiti tempatan dan kolej universiti yang diiktiraf dan dilantik oleh Pengerusi.”;

22

Undang-Undang Malaysia

Akta A1443

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Lembaga”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“Jawatankuasa”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “sebagai keterangan mengenai hal itu” dengan perkataan “yang ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa”;

(c)

dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan

“kehilangan upaya anggotanya” perkataan “atau apa-apa sebab lain yang ditentukan oleh Majlis”;

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(4a)  Walau apa pun perenggan 12(1)(aaa), Majlis boleh mempertimbangkan mana-mana orang yang bukan warganegara dan bukan suami atau isteri seorang warganegara yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institut latihan tempatan yang diiktiraf untuk didaftarkan sementara bagi maksud untuk mendapatkan pengalaman yang dinyatakan dalam subseksyen (2).”; dan

(e)

dalam subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan

“perubatan, pembedahan atau obstetrik dan ginekologi”

dengan perkataan “Perubatan”.

Pindaan seksyen 14