Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PERUBATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 11

Seksyen 14 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan tersebut;

(ii)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) dia mengemukakan suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 13(2);

dan”; dan 23

Perubatan (Pindaan)

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(c) dia membuktikan sehingga Majlis berpuas hati bahawa dia layak dan mempunyai akhlak yang baik.”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“hendaklah dibuat mengikut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya” dengan perkataan

“sebagai seorang pengamal perubatan hendaklah dibuat kepada Majlis dalam bentuk dan dengan cara yang ditetapkan dan disertai dengan apa-apa dokumen atau dan butir-butir dan pembayaran fi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana orang boleh berdaftar penuh di bawah seksyen ini tertakluk kepada apa-apa sekatan dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis jika—

(a)

orang itu berhasrat untuk mengajar, melakukan penyelidikan atau mengikuti kursus lepasan ijazah dalam bidang kepakaran di bawah apa-apa program latihan yang diiktiraf di mana-mana institut latihan yang diiktiraf;

(b)

orang itu memiliki kemahiran perubatan atau pembedahan yang difikirkan oleh Majlis sebagai bertaraf antarabangsa atau mempunyai nilai khusus kepada negara; atau

(c)

orang itu memiliki kelulusan yang pada pendapat Majlis adalah mencukupi, selagi dia terus melibatkan dirinya secara khusus dalam pengajaran, penyelidikan atau pengajian lepasan ijazah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2b)

Pendaftaran yang diberikan di bawah subseksyen (2a) hendaklah untuk suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan boleh dibaharui mengikut budi bicara Majlis untuk beberapa tempoh lanjut, yang setiap satunya tidak melebihi satu tahun.

24

Undang-Undang Malaysia

Akta A1443

(2c)

Majlis boleh, pada bila-bila masa, membatalkan mana-mana pendaftaran yang diberikan di bawah subseksyen (2a) jika orang itu didapati telah mencabuli apa-apa syarat pendaftarannya.”; dan

(d)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri” dengan perkataan “, termasuklah kelulusan, kedudukan, tempat dan jenis amalan”.

Seksyen baru 14a, 14b dan 14c

Section 11 — AKTA PERUBATAN (PINDAAN) 2012 | mylaw.my