Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PERUBATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 13

Seksyen 16 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam

Akta ini, Majlis boleh, atas permohonan bertulis, mengeluarkan kepada seseorang yang berdaftar sebagai pengamal perubatan di luar Malaysia suatu perakuan pengamalan sementara, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditentukan oleh

Majlis dalam perakuan itu.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Majlis boleh menolak permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(1b)

Perakuan pengamalan sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) adalah sah selama tempoh yang tidak melebihi tiga bulan dari tarikh perakuan itu dikeluarkan.

26

Undang-Undang Malaysia

Akta A1443

(1c)

Suatu perakuan pengamalan sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh dibaharui atas permohonan yang dibuat dalam bentuk dan cara dan apabila dibayar fi yang ditentukan oleh Majlis.”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Orang yang kepadanya telah dikeluarkan perakuan pengamalan sementara di bawah subseksyen

(1)

hendaklah disifatkan sebagai seorang pengamal perubatan berdaftar.”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana perakuan pengamalan sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) jika orang yang berdaftar itu didapati telah mencabuli apa-apa syarat atau sekatan pendaftarannya.”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Majlis hendaklah menyenggara suatu rekod mengenai semua perakuan pengamalan sementara yang dikeluarkan.

(5)

Mana-mana orang yang menjalankan amalan tanpa perakuan pengamalan sementara di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan

(b)

berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(6)

Dalam hal kesalahan yang berterusan, orang itu boleh dikenakan penalti selanjutnya sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan sebagai tambahan kepada penalti di bawah masing-masing perenggan 5(a) dan (b).”.

27

Perubatan (Pindaan)

Pindaan seksyen 18