Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Seksyen 20 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Mana-mana orang berdaftar penuh yang berhasrat untuk mengamal sebagai seorang pengamal perubatan selepas tiga puluh satu hari bulan Disember
28
Undang-Undang Malaysia
Akta A1443
dalam mana-mana tahun dan yang mengemukakan keterangan yang dia telah memenuhi apa-apa kehendak atau sekatan yang ditetapkan oleh Majlis hendaklah, tidak lewat daripada hari pertama bulan Disember tahun itu, membuat permohonan dalam bentuk yang ditetapkan, mengemukakan keterangan mengenai perlindungan tanggung rugi profesional dan membayar fi yang ditetapkan bagi perakuan untuk mengamal sebagai pengamal perubatan semasa tahun yang berikutnya.”;
(b)
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “(bernama “perakuan pengamalan tahunan”)”
perkataan “dengan terma dan syarat yang ditentukan oleh
Majlis”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:
“(5) Apabila didaftarkan penuh di bawah seksyen 14, orang yang berhasrat untuk mengamal sebagai pengamal perubatan itu hendaklah mematuhi subseksyen (1).”;
(d)
dalam subseksyen (6), dengan memasukkan selepas perkataan “pemohon,” perkataan “kecuali dalam hal seseorang pengamal perubatan berdaftar tanpa sesuatu tempat amalan tetap (locum tenens) yang hakikat itu hendaklah dinyatakan sedemikian dan diluluskan oleh
Majlis,”; dan
(e)
dalam subseksyen (7)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “perubatan, pembedahan atau obstetrik dan ginekologi” dengan perkataan “Perubatan”;
(ii)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“berkuat kuasa” dengan perkataan “semasa dan sah”; dan
(iii)
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan
“urusan seseorang pengamal perubatan” dengan perkataan “suatu amalan perubatan”.
29
Perubatan (Pindaan)
Penggantian seksyen 21