Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Penggantian seksyen 24
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 24
(a)
tidak atau tidak lagi menghadiri latihan houseman;
atau
(b)
telah melanggar mana-mana syarat atau sekatan yang dikenakan ke atasnya,
Majlis boleh membatalkan pendaftaran sementara orang itu dan memerintahkan supaya namanya disingkirkan daripada
Daftar.
(2)
Majlis boleh menyingkirkan daripada Daftar nama mana-mana pengamal perubatan berdaftar penuh yang—
(a)
dibuktikan sehingga Majlis berpuas hati bahawa orang itu telah mati;
(b)
dibuktikan sehingga Majlis berpuas hati bahawa orang itu tidak berupaya, oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, atau sangat tidak kompeten, untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang pengamal perubatan;
(c)
tidak memohon kepada Pendaftar bagi pembaharuan perakuan pengamalannya selama enam tahun berturut-turut;
(d)
telah didaftarkan atas kesilapan tentang kelulusannya untuk pendaftaran, dan pada masa pendaftarannya tidak berhak untuk didaftarkan;
31
Perubatan (Pindaan)
(e)
telah didaftarkan dengan cara fraud;
(f)
telah melanggar atau mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Majlis;
(g)
telah tamat tempoh atau kontraknya dengan Kerajaan
Malaysia atau apa-apa badan atau organisasi bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan dan diluluskan oleh
Majlis; atau
(h)
pendaftarannya telah ditarik balik, digantung atau dibatalkan daripada Daftar pengamal perubatan yang disenggarakan di mana-mana tempat di luar Malaysia atau daripada mana-mana daftar profesional yang disenggarakan di mana-mana tempat di dalam atau luar Malaysia, dan hendaklah membuat catatan yang sewajarnya bersetentangan dengan nama pengamal perubatan itu dalam Daftar.
(3)
Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta nama setiap pengamal perubatan yang namanya telah dikeluarkan daripada Daftar.
(4)
Bagi maksud memuaskan hatinya bahawa mana-mana pengamal perubatan berdaftar tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang pengamal perubatan di bawah perenggan (2)(b), Majlis hendaklah melantik suatu Jawatankuasa
Kelayakan Mengamal yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tiga orang pengamal perubatan berdaftar, yang salah seorang daripada mereka hendaklah seorang pakar yang berkaitan dengan penyakit itu, untuk menyiasat setiap kes dan untuk membuat apa-apa syor sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Jawatankuasa itu.
(5)
Walau apa pun subseksyen (4), Jawatankuasa Kelayakan
Mengamal boleh membuat syor kepada Majlis supaya sekatan dikenakan dalam penjalanan tugas oleh pengamal perubatan berdaftar itu.”.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta A1443
Seksyen baharu 24a