Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29
seksyen yang berikut:
“Perintah sementara 29a. (1) Jika selepas siasatan yang sewajarnya mengenai apa-apa aduan atau maklumat yang dirujukkan kepadanya,
Lembaga Tatatertib berpuas hati bahawa adalah perlu bagi perlindungan orang awam atau selainnya demi kepentingan awam, atau demi kepentingan seseorang pengamal perubatan berdaftar, pendaftarannya hendaklah digantung atau dijadikan tertakluk kepada syarat-syarat, Lembaga itu boleh membuat perintah—
(a)
supaya pendaftarannya dalam daftar yang berkenaan digantung bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah itu (disebut dalam Bahagian ini sebagai perintah penggantungan sementara); atau
(b)
supaya pendaftarannya diteruskan atas kepatuhannya, semasa apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah itu, terhadap apa-apa kehendak yang difikirkan oleh
Lembaga Tatatertib patut dikenakan (disebut dalam
Bahagian ini sebagai perintah bagi sekatan pendaftaran sementara).
(2)
Pendaftar hendaklah dengan serta-merta menyampaikan suatu pemberitahuan mengenai perintah di bawah subseksyen (1)
kepada pengamal perubatan berdaftar itu.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (1), jika Lembaga
Tatatertib telah membuat perintah di bawah seksyen ini,
Lembaga Tatatertib itu atau Lembaga Tatatertib yang lain yang dilantik untuk menggantikan tempatnya—
(a)
hendaklah menyemak semula perintah itu dalam tempoh enam bulan bermula dari tarikh perintah itu
35
Perubatan (Pindaan)
dibuat, dan hendaklah selepas itu, selagi perintah itu terus berkuat kuasa, mengkaji semula perintah itu selanjutnya sebelum berakhirnya tempoh tiga bulan bermula pada tarikh keputusan kajian semula yang sebelumnya; dan
(b)
boleh mengkaji semula perintah itu apabila keterangan baru yang berkaitan dengan perintah itu telah diperoleh selepas perintah itu dibuat.
(4)
Jika suatu perintah penggantungan sementara atau suatu perintah sekatan pendaftaran sementara telah dibuat di bawah seksyen ini berhubung dengan mana-mana orang,
Lembaga Tatatertib yang membuat perintah itu atau Lembaga
Tatatertib yang dilantik untuk menggantikan tempatnya di bawah subseksyen (3) boleh—
(a)
membatalkan perintah itu atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan oleh perintah itu;
(b)
membuat perintah mengubah apa-apa syarat yang dikenakan oleh perintah itu;
(c)
jika berpuas hati bahawa adalah perlu dilakukan bagi perlindungan orang awam atau selainnya demi kepentingan awam, atau demi kepentingan pengamal perubatan berdaftar yang berkenaan, atau bahawa pengamal perubatan berdaftar itu tidak mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan sebagai syarat bagi pendaftaran dalam perintah sekatan pendaftaran sementara, menggantikan perintah itu dengan perintah penggantungan sementara yang berkuat kuasa bagi baki tempoh perintah sekatan pendaftaran sementara itu; atau
(d)
jika berpuas hati bahawa kepentingan awam atau kepentingan pengamal perubatan berdaftar yang berkenaan memadai dipenuhi dengan perintah sekatan pendaftaran sementara, menggantikan penggantungan sementara itu dengan perintah sekatan pendaftaran sementara bagi baki tempoh perintah yang dahulu.
(5)
Pendaftar hendaklah dengan serta-merta menyampaikan suatu pemberitahuan mengenai keputusan di bawah subseksyen (4)
kepada pengamal perubatan berdaftar itu.
36
Undang-Undang Malaysia
Akta A1443
(6)
Lembaga Tatatertib boleh memohon kepada Yang
Dipertua supaya perintah di bawah subseksyen (1) dilanjutkan, dan boleh memohon pelanjutan seterusnya.
(7)
Atas permohonan itu, Yang Dipertua boleh melanjutkan
(atau melanjutkan seterusnya) tempoh perintah itu berkuat kuasa sehingga enam bulan.
(8)
Suatu perintah penggantungan sementara atau suatu perintah sekatan pendaftaran sementara hendaklah berkuat kuasa sehingga—
(a)
berakhirnya tempoh yang ditetapkan dalam perintah itu atau, jika dilanjutkan di bawah subseksyen (7), dalam perintah pelanjutannya; atau
(b)
tarikh tamatnya prosiding, yang mana-mana lebih awal.
(9)
Semasa pendaftaran seseorang dalam Daftar digantung oleh sebab suatu perintah penggantungan sementara, dia tidak boleh disifatkan sebagai berdaftar walaupun namanya masih terdapat dalam Daftar.
(10)
Sebaik tamat tempoh atau pembatalan perintah itu, hak dan keistimewaan orang itu sebagai pengamal perubatan berdaftar hendaklah dikembalikan semula dari tarikh tamat tempoh atau pembatalan itu, dengan syarat dia telah mematuhi semua terma perintah itu.
(11)
Mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang terkilan dengan keputusan Lembaga Tatatertib atau Yang Dipertua di bawah seksyen ini boleh merayu secara bertulis kepada
Menteri.
(12)
Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan Lembaga Tatatertib atau Yang Dipertua.
(13)
Keputusan Menteri atas apa-apa rayuan di bawah subseksyen (11) adalah muktamad dan mengikat.”.
37
Perubatan (Pindaan)
Penggantian seksyen 30