Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 30 dengan seksyen yang berikut:
“30. (1) Majlis boleh, dalam menjalankan bidang kuasa tatatertibnya, mengenakan mana-mana daripada hukuman yang berikut:
(a)
mencela pengamal perubatan itu;
(b)
memerintahkan supaya pendaftaran pengamal perubatan itu tertakluk kepada syarat yang boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada, satu atau lebih daripada yang berikut:
(i)
supaya pengamal perubatan itu mendapatkan rawatan perubatan;
(ii)
supaya apa-apa syarat yang berhubungan dengan amalan perubatan pengamal perubatan itu sebagaimana yang difikirkannya sesuai dikenakan ke atas pendaftaran pengamal perubatan itu;
(iii)
supaya pengamal perubatan itu menjalani kursus atau program pendidikan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis; atau
(iv)
supaya pengamal perubatan itu melaporkan mengenai amalan perubatannya kepada mana-mana pengamal perubatan atau orang sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis;
(c)
memerintahkan supaya nama pengamal perubatan itu digantung daripada Daftar bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut;
(d)
membuat apa-apa perintah dalam perenggan (c) tetapi menangguhkan pelaksanaan perintah itu, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh
Majlis, bagi suatu tempoh, atau tempoh-tempoh yang agregatnya, tidak melebihi dua tahun; atau
(e)
memerintahkan supaya nama mana-mana pengamal perubatan itu dipotong daripada Daftar.
38
Undang-Undang Malaysia
Akta A1443
(2)
Majlis juga boleh mengenakan denda sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis sebagai tambahan kepada hukuman di bawah subseksyen (1).
(3)
Tiada seorang pengamal perubatan pun yang boleh mengamal sebagai pengamal perubatan semasa tempoh penggantungan di bawah perenggan (1)(c).
(4)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) akan tertakluk kepada prosiding tatatertib selanjutnya.
(5)
Majlis boleh, dalam mana-mana hal, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkaitan dengan pembayaran kos kepada Pendaftar dan mana-mana pengadu atau seseorang pengamal perubatan, dan apa-apa kos yang diawardkan boleh dituntut sebagai hutang sivil.”.
Pindaan seksyen 31