Malaysia legislation

Section 32

of AKTA PERUBATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 32

Seksyen 34a Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang disenggarakan dan dikendalikan oleh Kerajaan dan diluluskan oleh Menteri di bawah subseksyen (1) tidak boleh bertanggungan bagi apa-apa kecederaan, kehilangan atau kerosakan am semulajadi terhadap mana-mana pesakit atau orang lain semata-mata akibat daripada apa-apa penyiasatan, pemeriksaan atau rawatan pesakit di bawah subseksyen (1)

oleh seseorang yang sedang menjalani kursus pembelajaran dalam perubatan atau pembedahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1); dengan syarat tiada apa-apa dalam subseksyen ini boleh dianggap sebagai memberi orang atau Universiti atau

Kolej Universiti atau institusi pembelajaran yang diluluskan itu di mana dia sedang menjalani kursus pembelajaran peringkat siswazah atau mana-mana pegawai atau pekerja Universiti atau

Kolej Universiti atau institusi pembelajaran yang diluluskan itu apa-apa kekebalan daripada apa-apa liabiliti bagi kecederaan, kehilangan atau kerosakan itu.”.

Section 32 — AKTA PERUBATAN (PINDAAN) 2012 | mylaw.my