Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Subseksyen 34c(1) Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan memotong perkataan “penuh”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “hospital, klinik atau pusat kesihatan atau di dalam mana-mana institusi seumpama yang lain” dengan perkataan “kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan”;
41
Perubatan (Pindaan)
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Ketua Pengarah Kesihatan boleh mewakilkan kuasanya di bawah subseksyen (1) kepada mana-mana Pengarah Kesihatan Negeri atau pegawai yang setaraf.”; dan
(c)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Seseorang pengamal perubatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) atau (1a) untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang disebut dalam perenggan (1)(a)
dan (b) hendaklah disifatkan sebagai seorang Pegawai
Perubatan Kerajaan bagi maksud Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593] dan mana-mana undang-undang berkaitan yang lain di Malaysia.”.
Pindaan seksyen 35