Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
Subseksyen 36(2) Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan perenggan (l) dengan perenggan yang berikut:
“(l) tatacara bagi pelantikan jawatankuasa atau lembaga
Majlis;”;
(b)
dengan menggantikan perenggan (m) dengan perenggan yang berikut:
“(m) tatacara mesyuarat, siasatan dan prosiding lain
Majlis, Lembaga atau Jawatankuasa;”;
(c)
dengan menggantikan perenggan (n) dengan perenggan yang berikut:
“(n) tatacara yang hendaklah diikuti berhubung dengan
Jawatankuasa Penyiasatan Permulaan dan Lembaga
Tatatertib di bawah Akta ini;”;
(d)
dalam perenggan (o), dengan menggantikan perkataan
“sistem terapeutik mengikut kaedah Melayu, Cina, India atau kaedah asli lain” dengan perkataan “Perubatan
Tradisional dan Komplementari”; dan 43
Perubatan (Pindaan)
(e)
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (p)
dengan koma bertitik dan memasukkan selepas perenggan itu perenggan yang berikut:
“(q) syarat atau sekatan yang hendaklah dikenakan ke atas perakuan pendaftaran sementara, perakuan pendaftaran penuh, perakuan pendaftaran penuh bagi pengamal perubatan berdaftar yang terlatih dalam bidang kepakaran, perakuan pengamalan sementara dan perakuan pengamalan tahunan;
(r)
penyimpanan Daftar, rekod, laporan dan dokumen dan borang dan isi kandungannya;
(s)
bentuk perakuan pendaftaran sementara, perakuan pendaftaran, perakuan pengamalan sementara dan pembaharuan perakuan pengamalan;
(t)
bentuk dan cara bagi menjalankan peperiksaan bagi maksud kemasukan ke dalam Daftar;
(u)
bentuk dan cara bagi mengiktiraf institusi latihan dan kelulusan yang dianugerahkan oleh institusi latihan yang diiktiraf;
(v)
latihan houseman, syarat yang di bawahnya latihan amali pelatih atau pelajar hendaklah dijalankan dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan latihan dan kelulusan pengamal perubatan;
(w)
bentuk dan cara meluluskan pengamal perubatan yang terlatih dalam bidang kepakaran;
(x)
tatacara bagi penubuhan Panel Tatatertib yang daripadanya ahli Jawatankuasa Penyiasatan
Permulaan dan Lembaga Tatatertib hendaklah diambil;
(y)
penerimaan aduan atau maklumat yang menyentuh apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Jawatankuasa Penyiasatan Permulaan untuk menentukan sama ada suatu siasatan akan dijalankan atau tidak;
(z)
tatacara bagi siasatan oleh Lembaga Tatatertib;
(aa) pembentukan Jawatankuasa Kelayakan Mengamal bagi aduan atau maklumat berkaitan dengan pengamal perubatan berdaftar yang tidak kompeten dari segi profesional atau terjejas kerana ketidakmampuan fizikal atau mental;
44
Undang-Undang Malaysia
Akta A1443
(bb) pembentukan Jawatankuasa Penilaian bagi maksud penilaian dan pendaftaran pengamal perubatan;
(cc)
pembentukan Jawatankuasa Etika untuk menasihati
Majlis tentang isu yang berhubungan dengan etika;
(dd)
apa-apa jawatankuasa lain bagi maksud Akta ini; dan
(ee) apa-apa perkara lain bagi melaksanakan matlamat dan maksud Akta ini.”.
Pindaan seksyen 40