Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pindaan seksyen 2
(a)
dalam takrif “Daftar”, dengan memotong perkataan “yang dikehendaki disenggara”;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “ditetapkan” takrif yang berikut:
‘ “Institut latihan yang diiktiraf” ertinya pemberi pendidikan tinggi sebagai yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007
[Akta 679] bagi tujuan pendaftaran di bawah seksyen 4 Akta;’;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “Institut latihan yang diiktiraf” takrif yang berikut:
‘ “kelayakan pakar yang diiktiraf” ertinya kelayakan yang dianugerahkan oleh mana-mana institut latihan yang diiktiraf;’;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “kelulusan” takrif yang berikut:
‘ “kemudahan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana premis yang dalamnya seorang atau lebih daripada seorang orang awam menerima perkhidmatan jagaan kesihatan;’;
(e)
dengan memasukkan selepas takrif “kemudahan jagaan kesihatan” takrif yang berikut:
‘ “Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai
Eksekutif Majlis yang dilantik di bawah seksyen 4c yang hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Majlis;’;
(f)
dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Pengarah”
takrif yang berikut:
‘ “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang
Majlis Perubatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4h;’;
5
Perubatan (Pindaan)
(g)
dengan memasukkan selepas takrif “Kumpulan Wang”
takrif yang berikut:
‘ “latihan houseman” ertinya tempoh latihan dalam pengamalan perubatan tetap bagi maksud pendaftaran penuh sebagai pengamal perubatan;’;
(h)
dengan memasukkan selepas takrif “Majlis” takrif yang berikut:
‘ “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggung jawab bagi kesihatan;’;
(i)
dengan memasukkan sebelum takrif “Pendaftar” takrif yang berikut:
‘ “Pakar” ertinya seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh di bawah seksyen 14c;’;
(j)
dengan memotong takrif “pengamal”;
(k)
dengan memasukkan selepas takrif “Pendaftar” takrif yang berikut:
‘ “pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang pengamal perubatan yang kepadanya dikeluarkan perakuan pendaftaran sementara di bawah seksyen 12
atau pendaftaran penuh di bawah seksyen 14;’;
(l)
dengan memasukkan selepas takrif “pengamal perubatan berdaftar” takrif yang berikut:
‘ “pengamal perubatan berdaftar penuh” ertinya seseorang pengamal perubatan yang perakuan pendaftaran penuh dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen 14;’;
(m)
dengan memasukkan selepas takrif “pengamal perubatan berdaftar penuh” takrif yang berikut:
‘ “pengamal perubatan berdaftar sementara” ertinya seseorang pengamal perubatan yang dikeluarkan perakuan pendaftaran sementara kepadanya di bawah seksyen 12;’;
6
Undang-Undang Malaysia
Akta A1443
(n)
dengan memasukkan selepas takrif “pengamal perubatan berdaftar sementara” takrif yang berikut:
‘ “perakuan” ertinya sama ada perakuan pendaftaran sementara, perakuan pendaftaran penuh, perakuan pendaftaran sebagai seorang pakar, perakuan pengamalan, perakuan pengamalan sementara atau apa-apa perakuan lain yang ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa dan dikeluarkan di bawah Akta ini;’;
(o)
dalam takrif “perakuan pengamalan”, dengan menggantikan perkataan “yang disebut dalam” dengan perkataan “yang dikeluarkan di bawah”;
(p)
dengan memasukkan selepas takrif “perakuan pengamalan”
takrif yang berikut:
‘ “perakuan pengamalan sementara” ertinya perakuan pengamalan sementara yang dikeluarkan di bawah seksyen 16;’;
(q)
dengan memasukkan selepas takrif “perkhidmatan awam”
takrif yang berikut:
‘ “Perlindungan Tanggung Rugi Profesional”
ertinya suatu jaminan kewangan bagi seseorang pengamal perubatan berdaftar dalam tindakan liabiliti profesional;’;
(r)
dengan memasukkan selepas takrif “Perlindungan Tanggung
Rugi Profesional” takrif yang berikut:
‘ “perubatan tradisional dan komplementari” ertinya suatu bentuk amalan dengan berkaitan kesihatan yang disediakan untuk mencegah, merawat atau mengurus penyakit atau mengekalkan kesejahteraan mental dan fizikal individu dan termasuklah amalan seperti perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional
Cina, perubatan tradisional India, homeopati, dan terapi komplementari, tetapi tidak termasuk amalan perubatan atau pergigian yang digunakan oleh pengamal perubatan atau pergigian;’;
(s)
dengan memotong takrif “Setiausaha”; dan
(t)
dalam takrif “Yang Dipertua”, dengan memotong perkataan
“yang dilantik mengikut subperenggan 1(1) dalam Jadual
Pertama”.
7
Perubatan (Pindaan)
Penggantian seksyen 3