Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PERUBATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 41

Pindaan Jadual Pertama

(a)

dalam perenggan 1, dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Yang Dipertua Majlis dan tatacara mesyuarat”;

45

Perubatan (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subperenggan 1(2)

subperenggan yang berikut:

“(3)  Kuorum bagi sesuatu mesyuarat Majlis adalah dua belas orang, dan keputusan Majlis hendaklah melalui majoriti mudah ahli yang hadir dan yang mengundi.

(4)

Tiap-tiap ahli Majlis yang hadir berhak kepada satu undi.

(5)

Pengerusi mana-mana mesyuarat hendaklah mempunyai satu undi biasa dan jika atas apa-apa persoalan terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi mempunyai undi pemutus.

(6)

Majlis boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis bagi maksud menasihati Majlis atas apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

(7)

Seseorang yang dijemput di bawah perenggan (6)

boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh

Majlis.

(8)

Tiap-tiap mesyuarat Majlis yang berkenaan dengan prosiding yang minit mesyuarat telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan sewajarnya dan semua ahli yang hadir dalam mesyuarat itu layak bertindak sewajarnya.

(9)

Minit mesyuarat Majlis hendaklah, jika ditandatangani sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti lanjut.

(10)

Tertakluk kepada Akta ini, Majlis boleh membuat perintah tetap untuk mengawal selia tatacaranya sendiri secara amnya, dan khususnya, berhubung dengan pengadaan mesyuarat, notis yang hendak diberikan mengenai mesyuarat itu, prosiding mesyuarat, penyimpanan minit dan penjagaan, pengemukaan dan pemeriksaan minit itu.”;

46

Undang-Undang Malaysia

Akta A1443

(c)

dengan menggantikan subperenggan 2(1) dengan subperenggan yang berikut:

“(1)  Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya enam kali setahun; dan suatu mesyuarat hendaklah diadakan dalam bulan Mac setiap tahun untuk menerima dan menerima pakai penyata kira-kira tahunan yang telah diaudit.”;

(d)

dengan memasukkan selepas subperenggan 2(1)

subperenggan yang berikut:

“(1a)  Mesyuarat Majlis hendaklah diadakan melalui notis bertulis oleh Yang Dipertua kepada ahli yang lain dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam notis itu.”;

(e)

dalam subperenggan 2(2), dengan menggantikan perkataan

“tujuh” dengan perkataan “sepuluh” dan dengan memasukkan selepas perkataan “mesyuarat Majlis”

perkataan “bagi maksud yang dinyatakan”;

(f)

dengan memasukkan selepas subperenggan 2(2)

subperenggan yang berikut:

“(2a)  Sekurang-kurangnya empat belas hari notis secara bertulis mengenai mesyuarat yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah diberikan kepada ahli.”;

(g)

dengan memotong subperenggan 2(3);

(h)

dengan memotong subperenggan 2(5);

(i)

dengan menggantikan subperenggan 2(6) dengan subperenggan yang berikut:

“(6)  Hendaklah dibayar kepada semua ahli Majlis apa-apa fi bagi menghadiri mesyuarat Majlis atau mana-mana jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis dan apa-apa belanja perjalanan dan elaun sara diri yang munasabah bagi kehadiran dan perjalanan yang dibuat dalam menunaikan tugas di bawah Akta ini atau apa-apa belanja lain yang ditentukan oleh Majlis dengan kelulusan Menteri dari semasa ke semasa.”;

47

Perubatan (Pindaan)

(j)

dengan memotong subperenggan 2(7); dan

(k)

dengan memotong perenggan 3, 4 dan 5.

Kecualian dan peruntukan peralihan