Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
(2)
Semua permohonan, kelulusan atau keputusan, yang pada peringkat rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan
Majlis di bawah Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan oleh Majlis menurut peruntukan yang terpakai di bawah Akta ini.
(3)
Semua surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Majlis di bawah Akta ibu sebelum tarikh kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah diserah simpan dengan Majlis.
(4)
Mana-mana prosiding, sama ada sivil atau jenayah, yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan Permulaan atau Majlis yang ditubuhkan di bawah Akta ibu hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(5)
Apa-apa kesalahan tatatertib yang dilakukan atau dikatakan telah dilakukan oleh seorang pengamal perubatan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan menurut Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(6)
Mana-mana orang yang, pada atau sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini—
(a)
telah didaftarkan sebagai seorang pakar dalam suatu daftar pakar; atau
(b)
telah dilantik sebagai seorang pakar oleh Ketua
Pengarah, hendaklah disifatkan telah didaftarkan sebagai seorang pakar di bawah Akta ini.